Love this girl and this song.
Friday, April 29, 2011
Wednesday, April 27, 2011
Monday, April 25, 2011
Pesta Buku PWTC 2011-Alahai Jijah
Saya bangga dengan kau sahabatku-dengan terbitnya novel pertamanya; Alahai Jijah. Satu malam je aku habiskan novel ini sebab nak tahu apa jadi dekat si Jijah..Keseluruhannya, penulisan bagus,ada sedikit suntikan jenaka dan air mata.Sepanjang aku baca novel ni..dua kali aku ketawa seorang sebab watak dalam novel ni berjaya mencuit hati aku.
Dan yang paling terharu,novel ini dedikasi kepada 'The Divas'.
![]() |
| Pika,aku,Fatin poka poka |
Friday, April 22, 2011
Cerita pembuka berita
Sudah lama jari jemari aku tidak memetik dan melontarkan bual bicara akal diatas papan ilusi ini. Untuk pengetahuan, aku sudah berjaya menghabiskan pengajian ku dalam bidang Penerbitan setelah hampir dua tahun di salah sebuah institusi pengajian tinggi yang terkenal di Malaysia-UiTM.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana telah mempermudahkan laluan rezeki ku kerana syarikat yang aku menimba ilmu untuk latihan industri telah menyerap aku,dan rakanku-Izwan, sebagai karyawan tetap.
Jawatan yang diberi juga agak mencabar iaitu Pembantu Editor. Lupa untuk menyatakan bahawa, tempat yang aku mencari rezeki ini merupakan syarikat penerbitan majalah perkahwinan yang terkenal.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua orang tua ku yang selama ini telah banyak berusaha 'menyekolahkan' aku dan menanggung segala perbelanjaan dan kerenahku selama 23 tahun ini.
Diharap duaribusebelas ini memberi perkabaran yang baik buat ku walaupun pada permulaannya agak getir tetapi dapat diatasi.
Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)





