Thursday, May 12, 2011

Money

I got no money in my pocket
-rocket,Yuna

Wednesday, May 11, 2011

Nyata angan

Kalau setiap angan itu akan menjadi nyata,
                           tentunya aku hamba yang paling bertuah.

Monday, May 9, 2011

Aku, dan Kota Lumpur

Sebulan.
Genap sepurnama aku menyandang jawatan yang aku kerja membanting tulang sekarang ini. Gaji yang pertama pun aku dah terima. Banyak tanggungjawab rupanya bila sudah mempunyai kerjaya sekarang ini. Alhamdulillah, bayaran pertama aku dapat memberi sedikit kat mak bapak aku. Walaupun sikit, ini mungkin permulaan dan aku tahu, dieorang sentiasa mendoakan kejayaan aku.

Sedar.
Sekarang baru aku mengerti nilai duit.Sebab sekarang aku dah tak nak bergantung kat mak bapak aku. Cukuplah dah 23tahun dieorang bersusah payah besarkan aku. Apa aku nak semua dieorang bagi-walaupun tidak semewah orang lain tetapi benda yang wajib tu aku dapatlah. Tak pernah pun mak bapak aku cakap tak boleh.Jadi, sementara mak bapak aku masih hidup nilah aku nak balas jasa dieorang yang dah bertahun tahun menjaga aku.Takde merungut sikit pun.

Walaupun dilahirkan dalam keluarga yang sederhana dan dengan gaji bapak aku yang tak sampai empat angka tu pun, dia masih mampu menyara hidup aku di universiti dan hidup kami 5 beradik-Hebat bukan?
Inilah tanggungjawab namanya.Dan aku seboleh mungkin akan membalas jasa mereka.

Ya Allah, berkatilah rezeki yang Kau curahkan kepada hambamu ini dan jauhkan hambamu ini dari lalai-Amin.